omniture

Art Busan berjaya peroleh pusingan pelaburan pertama - mendapat asas untuk luaskan pangkalan pasaran seni domestik dan pengembangan global pameran

Art Busan
2023-08-14 09:00 1241
  • Penganjur pameran seni terkemuka di Korea "Art Busan," melancarkan pameran Seoul baharu pada November 2023.

BUSAN, Korea Selatan, 14 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 9 Ogos, Art Busan Inc., penganjur bagi jenama pameran seni Korea yang terkemuka 'Art Busan', mengumumkan mereka berjaya memperoleh pusingan pelaburan pertama mereka. Walaupun dengan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi yang berterusan, pusingan pelaburan ini mengesahkan minat yang berkekalan dalam pasaran seni serta nilai yang tinggi dan potensi pertumbuhan jenama 'Art Busan'. Pengasas-pengasas syarikat pemula unikorn yang terkenal dan pelabur-pelabur terkemuka termasuk Sanghun Kim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Naver, Kelvin Dongho Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Korea Credit Data, Simon Seojoon Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Hashed and Tony Lyu, rakan usaha niaga di SoftBank Ventures Asia merupakan antara senarai pelabur. Platform fesyen terkemuka Korea, Musinsa dan kumpulan mobiliti global CTR turut menyertai pusingan pelaburan awal ini.

ART BUSAN 2023 Courtesy of Art Busan
ART BUSAN 2023 Courtesy of Art Busan

Melalui pusingan pelaburan ini, Art Busan berjaya memperoleh pangkalan perkongsian strategik optimum yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan pameran seni sedia adanya ke Seoul dan pasaran global. Dalam masa yang sama, ia memperkukuh kedudukannya untuk mengendalikan pelbagai jenis usaha niaga baharu menerusi sektor-sektor dalam talian dan luar talian pasaran seni antarabangsa, yang memerlukan pakatan strategik.

Art Busan diwujudkan pada tahun 2011 dengan cita-cita untuk mengubah bandar Busan yang terpinggir dari segi budaya menjadi sebuah bandar budaya. Dalam usaha mencapai matlamat ini, mereka menganjurkan pameran seni pertama mereka, 'Art Show Busan,' dalam tahun 2012. Menjelang tahun 2022, Art Busan memperoleh gelaran jenama pameran seni terunggul Korea dari segi bilangan pengunjung, jumlah volum jualan dan kedudukan pameran seni yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pameran seni yang bukan sahaja mendapat perhatian domestik, tetapi juga antarabangsa. Melalui Art Busan, galeri-galeri antarabangsa yang terkenal membuat penampilan sulung mereka dalam pasaran Korea, membawa mereka untuk membuka cawangan-cawangan Korea mereka. Justeru itu, Art Busan telah menjadi pengusaha penting dalam menghubungkan institusi seni utama, galeri, pelanggan dan pengumpul seni.

Sebagai langkah yang penting dalam pengembangan perniagaan berskala-penuh dan lonjakan global, Art Busan akan memperkenalkan edisi pertama pameran reka bentuk dan seni premium, 'DEFINE SEOUL,' di daerah Seongsu, Seoul mulai 1 hingga 5 November.

nguồn: Art Busan